May 10, 2011

Paskal terbaik, berkualiti

LK1 AHMAD ABDULLAH

SAYA adalah seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan meluahkan rasa amat puas hati kepada Pasukan Khas Laut (Paskal).

Baru-baru ini, saya mengikuti kursus Paskal di Lumut.
Ketika menghadiri Kursus Asas Komando Paskal, semua pegawai dan jurulatihnya mudah didekati malah tidak sombong, mesra, prihatin dan berperibadi mulia. Mereka memberikan tunjuk ajar yang baik kepada semua pelatih selain menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang terpuji dan menghormati pelatih.

Teknik latihan yang diberikan dalam setiap situasi amat berkesan dan mudah difahami beserta dengan penjelasan, contoh serta taktik yang diberikan amat mantap.
Malah jurulatih lain juga mempunyai komitmen yang begitu baik, mantap dan jitu. Tahniah diucapkan.

Mereka amat komited dalam menjalankan latihan dan bersungguh-sungguh mengajar kami semua sehingga kami berjaya lulus di dalam kursus tersebut.

Dengan kemahiran yang saya peroleh, saya berharap saya akan berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya.
Sesuai dengan motto 'Sentiasa Yang Terbaik' kejayaan mereka menyelamatkan kapal dagang MT Bunga Laurel memang amat membanggakan.
Sikap profesional, kecekapan dan kekuatan mereka tidak dapat dinafikan.
Terima kasih kepada semua pegawai dan anggota Paskal.

Copyrights@Utusan.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis